Bahaya plastik kepada ikan, manusia

Dr Ahmad. Laporan Sinar Harian.
Dr Ahmad. Laporan Sinar Harian.
A
A
A

ALOR SETAR - Bahan plastik bukan hanya mempunyai kesan buruk apabila dimakan haiwan akuatik tetapi juga kepada manusia.

Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail berkata, ia memandangkan haiwan akuatik seperti ikan adakalanya tersalah anggap plastik itu sebagai makanan.

Beliau berkata, bahan plastik akan menyebabkan tindak balas kimia dalam badan ikan dan diserap ke dalam tisu hidupan tersebut.

"Seterusnya, ikan-ikan terbabit dimakan manusia. Apabila kita memakan hidupan akuatik itu, maka ia dikhuatiri boleh memindahkan racun di dalamnya ke badan kita.

"Saya tidak tahu bagaimana ikan dalam kolam, namun kajian lepas ada menunjukkan plastik juga menyerap bahan kimia dalam air dan boleh melepaskan ikan, dan akhirnya mengumpul dalam ikan dan dimakan manusia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan mengurus sisa plastik memandangkan manusia tidak dapat lari daripada hakikat bahawa penggunaan plastik sebagai bahan isi rumah masih kekal di sini.

Tambah Dr Ahmad, beliau mengesyorkan agar pihak berkuasa mengkaji semula cara menguruskan sisa plastik, termasuk menggalakkan kitar semula.

Katanya, isu itu perlu dipandang serius, sekali gus kesedaran perlu dibangkitkan kerana isu itu menimbulkan risiko kesihatan kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!