Lebih 9,000 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sejak 7 Oktober
RAMALLAH - Jumlah rakyat Palestin yang ditahan sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lepas, telah meningkat kepada 9,520 orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS).
Kedua-dua organisasi itu dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa angka berkenaan termasuk mereka yang ditahan dari rumah melalui pos kawalan tentera, mereka yang terpaksa menyerah diri di bawah tekanan dan mereka yang ditahan sebagai tebusan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut kenyataan itu, tentera pendudukan Israel telah menahan sekurang-kurangnya 10 orang dari Tebing Barat, termasuk seorang wanita dari Tulkarm sejak Rabu. - Bernama-Wafa
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!