Gas bocor berpunca dari tangki tidak digunakan - Bomba

Pasukan Bomba dan Penyelamat, PDRM dan pasukan perubatan dilihat bersedia di sekitar kawasan kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.

A
A
A

SEPANG - Pasukan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesan gas methyl mercaptan di dalam tangki tidak digunakan yang telah bocor di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, isi kandungan tangki itu merupakan bahan methyl mercaptan yang digunakan sebagai campuran kepada gas LPG.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesan kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Khamis.
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesan kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Khamis.

"Pihak TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) sedang menampal tempat yang bocor dan akan 'dismantle' tangki tersebut untuk dihantar ke Kualiti Alam bagi tujuan pelupusan," katanya.

Wan Md Razali berkata, setakat ini seramai 39 individu dilaporkan mengalami pening kepala dan mual dipercayai terhidu kebocoran gas berkenaan.

"Seramai 14 mangsa berada di Air Disaster Unit, seorang mangsa di Hospital Putrajaya, manakala selebihnya telah 'discharge," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: