River of Life

No Image Caption
A
A
A

Pengunjung dari dalam dan luar negara dilihat beriadah dan bergambar di sekitar kawasan River of Life dengan berlatar belakangkan Masjid Jamek Kuala Lumpur ketika tinjauan di sekitar ibu kota hari ini.

River of Life merupakan salah satu usaha kerajaan bagi mencantikkan dua sungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang yang bertemu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan terletak berdekatan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Projek River Of Life (RoL) yang dilancarkan pada 2010 dijangka tidak akan berjaya disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan tahun ini walaupun RM3.915 bilion telah dibelanjakan untuk projek itu, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.

Menurut laporan itu sehingga Julai tahun lepas lapan projek di bawah RoL masih dalam pelaksanaan dengan kemajuan di tapak antara 21 hingga 97.3 peratus, manakala kontraktor penyiap bagi dua projek yang ditamatkan kontrak sebelum ini belum dilantik, sementara 12 projek lagi masih belum dimulakan. Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda

No Image Caption
GALERI

Festival Udara Taiping 2024