PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula esok

Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini akan ditutup bermula jam 5 petang esok hingga jam 3 petang Ahad ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini. Gambar hiasan
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini akan ditutup bermula jam 5 petang esok hingga jam 3 petang Ahad ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini. Gambar hiasan
A
A
A

NIBONG TEBAL - Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini akan ditutup bermula jam 5 petang esok hingga jam 3 petang Ahad ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.

"Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan, mengenal pasti laluan yang ditutup dan menggunakan jalan alternatif agar tidak terperangkap dalam kesesakan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau menasihati orang ramai yang ingin hadir di Dewan Serbaguna Jawi itu agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan seperti kawasan perumahan sehingga menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan jalan raya.

Boo Khim meminta orang ramai mematuhi arahan semua penguat kuasa bertugas bagi memastikan kelancaran sepanjang proses mengundi.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. - Bernama

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!