Umur 60 tahun masih segak bekerja di awangan

Umur 60 tahun masih segak bekerja di awangan. Kredit: TikTok Air Asia Cabin Crew
Umur 60 tahun masih segak bekerja di awangan. Kredit: TikTok Air Asia Cabin Crew
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pramugara syarikat penerbangan Air Asia, Nordin Razali menarik perhatian pengguna media sosial kerana masih kelihatan segak dan bergaya meskipun sudah menginjak usia 60 tahun.

Menerusi perkongsian video dimuat naik Air Asia Cabin Crew di TikTok, sambutan kecil-kecilan dibuat khas untuk Nordin sempena hari terakhir perkhidmatannya selepas 35 tahun menabur bakti dengan syarikat berkenaan.

“Nordin merupakan kru kabin kami yang pertama masih ‘terbang’ pada usia 60 tahun dan kelihatan sangat muda,” katanya.

Berdasarkan hantaran video berdurasi satu minit 11 saat itu, Nordin sempat memberikan kata-kata terakhir kepada penumpang dan kru bertugas ketika pesawat dalam perjalanan ke Kuching, Sarawak.

“Ia merupakan hari terakhir saya berkhidmat, momen ini amat istimewa dan semua kenangan indah semasa bertugas akan tersemat dalam fikiran.

Sambutan sempena 35 tahun perkhidmatan Nordin dengan Air Asia.
Sambutan sempena 35 tahun perkhidmatan Nordin dengan Air Asia.

“Saya sangat bangga dapat memberikan servis buat orang ramai.

“Dari lubuk hati, saya doakan semuanya dapat mengembara dengan selamat, Insya-ALLAH,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tergamam dengan wajah Nordin yang kelihatan awet muda, kuat dan gagah melakukan kerja.

Menurut Sang Hong Yeo, beliau kelihatan cergas dan nampak muda berbanding usia.

“Kerja bertemu pelanggan, sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan marah. Maka, sentiasa kelihatan awet muda,” komen Ruzaimah Rahim.

“Kawan-kawan dia ramai orang muda yang bertenaga, itu salah satu faktor dia bermuda jiwa. Suasana kerja sebenarnya penting tau,” ulas Ratna pula.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Usia bukan penghalang Nordin 'terbang' di awan biru BULETIN TIKTOK 5 JULAI 2024 Seorang pramugara syarikat penerbangan Air Asia, Nordin Razali menarik perhatian pengguna media sosial kerana masih kelihatan segak dan bergaya meskipun sudah menginjak usia 60 tahun. Menerusi perkongsian video dimuat naik Air Asia Cabin Crew di TikTok, sambutan kecil-kecilan dibuat khas untuk Nordin sempena hari terakhir perkhidmatannya selepas 35 tahun menabur bakti dengan syarikat berkenaan. Muzik: Assaf Ayalon - Stand dari http://bendsound.com #SinarHarian #BuletinTikTok #Pramugara #AirAsia #NordinRazali

original sound - Sinar Harian