Tak mustahil tewaskan England - Zuber

Pemain Switzerland menjalani latihan menjelang perlawanan menentang England. Foto AFP
Pemain Switzerland menjalani latihan menjelang perlawanan menentang England. Foto AFP
A
A
A

SWITZERLAND telah membuktikan keupayaan mereka di Euro 2024 dan tidak sepatutnya meletakkan had sejauh mana mereka boleh mara dalam kejohanan itu setelah aksi positif berdepan Jerman dan menyingkirkan juara bertahan Itali, kata penyerang Steven Zuber.

Switzerland yang berada dalam prestasi mengagumkan untuk mara ke suku akhir Euro 2024 akan bertemu pasukan pilihan, England di Duesseldorf pada Ahad.

"Saya sangat berharap agar kami tidak menetapkan had untuk diri sendiri, bukan sahaja sebagai pemain tetapi seluruh negara. Saya harap mentaliti pemikiran bahawa kami tidak mampu untuk melangkaui sempadan tertentu itu sudah berubah.

“Tidak mustahil untuk menewaskan pasukan hebat secara konsisten. Pasukan pilihan juga mungkin menghadapi kesukaran,” katanya.

Zuber yang beraksi ketika Switzerland tewas kepada Sepanyol pada aksi suku akhir kejohanan lalu, terlepas permulaan Euro 2024 dengan kecederaan betis yang dialami dalam perlawanan persahabatan.

Dia masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam kemenangan 2-0 ke atas Itali minggu lalu dalam pusingan 16 terakhir.

Pemain tengah Switzerland, Granit Xhaka, yang memenangi pemain terbaik perlawanan dalam dua daripada tiga perlawanan pertamanya, telah mengalami kecederaan sebelum perlawanan menentang Itali dan berlatih secara berasingan.

Namun, pasukan itu mengesahkan kapten pasukan itu berkemungkinan besar boleh diturunkan untuk perlawanan menentang England, menurut media Switzerland.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!