Abang GrabFood kena 'prank' hingga rugi
JAKARTA - Seorang pekerja penghantar makanan di Indonesia iaitu GrabFood menjadi mangsa 'prank' hingga mengalami kerugian hampir 525,000 rupiah (RM157).
Individu itu dipercayai menempah dan membeli udang keju untuk keluarganya dan majlis keramaian.
Namun menyedihkan, rupa rupanya pesanan itu dibuat oleh dua remaja bertujuan hanya untuk bergurau.
Abang.Grab berkata, maklumat tersebut diperoleh dari beberapa pemandu e-hailing sebelum dimuat naik di Twitter miliknya.
Dia juga memuat naik tangkap layar perbualan penghantar makanan bersama pelanggan sebelum menyedari ditipu.
Jika dilihat daripada mesej dan ayat-ayat yang digunakan sepanjang perbualan mereka, Abang.Grab mengesyaki pelanggan berkenaan merupakan remaja.
Perbualan itu juga memberitahu, pelanggan tersebut menunggu sehingga makanan itu siap namun selang beberapa minit, pelanggan itu tiba-tiba berubah fikiran memberitahu segala tempahan dibuatnya itu adalah sekadar gurauan atau 'prank'.
Berang dengan perkara itu, Abang.Grab berusaha mencari pelanggan menggunakan nombor telefon dan ternyata usahanya berhasil.
Pada hantaran sama, Abang.Grab juga memuat naik video berdurasi 15 saat memaparkan dua remaja lelaki memohon maaf atas kesalahannya.
"Kes ini berhasil dengan berjaya menemui dua remaja lelaki. Kes selesai selepas mereka memohon maaf dan tidak akan melakukan perbuatan itu lagi." katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengecam tindakan remaja tersebut.
"Ya, inilah yang terjadi jika tahap kesedaran berada pada tahap bawah sekali.
"Bagi abang GrabFood, saya harap anda diberi rezeki melimpah dan pelaku mohon ubah perangai. Kesian dia mencari nafkah." kata Vylee.
Kata Denkow pula, "Budak-budak berkelakuan seperti ini akan menjadi ikutan budak lain. Harap ibu bapa pantau anak-anak."
Pagi-pagi dapet info ada driver diprank customer, dilihat dari kalimatnya, sepertinya anak kecil.
— A B A N G • G R A B (@PenjahatGunung) January 22, 2020
Nah udah tau kan apa bahaya konten prank di youtube? bisa ditonton dan ditiru anak kecil pic.twitter.com/I4RNWKJkpb
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!