Perjanjian 2 projek PH di Sungai Bakap hanya beli undi - #RasuahBusters

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - #RasuahBusters menyelar tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjanjikan dua projek dilaksanakan jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

#RasuahBusters menerusi satu kenyataan berkata, tindakan itu salah kerana ia menimbulkan persepsi janji bertujuan mendorong sokongan serta membeli undi serta berpotensi melanggar peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Kami tidak bersetuju dengan tindakan ini dan menggesa amalan yang menyalahi tekad perangi rasuah ini ditolak, dihentikan serta tidak lagi diulangi oleh mana-mana parti politik bertanding.

"Rakyat hendaklah keluar mengundi dan memilih calon yang berkelayakan memimpin tanpa mengambil kira apa pun janji-janji ditaburkan oleh mana-mana parti," katanya pada Jumaat.

Pada Khamis, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan dua projek berkenaan bakal dilaksanakan jika PH memenangi PRK DUN Sungai Bakap.

Beliau berkata, dua projek tersebut ialah mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan pembinaan sekolah tamil di Sungai Bakap.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan Joohari bakal berentap dengan lawannya, Abidin Ismail dari Pas yang juga merupakan bekas Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff.

Ia diadakan susulan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Artikel Berkaitan:

Disebabkan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai tarikh pengundian PRK Sungai Bakap.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!