PRK Nenggiri: Bersatu kekal guna logo 'bulan'

Simbol bulan yang merupakan logo Pas akan digunakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini. Gambar kecil: Kamarudin
Simbol bulan yang merupakan logo Pas akan digunakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini. Gambar kecil: Kamarudin
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Mohd Nor mengesahkan mereka akan menggunakan simbol bulan yang merupakan logo Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini.

Beliau berkata, keputusan itu telah dipersetujui secara bersama menerusi semangat Perikatan Nasional (PN).

"Kita telah sepakat dan bersetuju untuk menggunakan logo Pas untuk PRK DUN Nenggiri," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penggunaan logo ‘bulan’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu berhasil memberikan dominasi kemenangan kepada PN di negeri ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Nenggiri pada 17 Ogos depan, penamaan calon pada 3 Ogos manakala undi awal ditetapkan pada 13 Ogos.

DUN Kelantan mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 19 Jun lalu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim kehilangan keahlian Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada pilihan raya negeri ke-15 lalu, PN dengan menggunakan logo Pas menang di 43 kerusi DUN Kelantan, manakala gabungan Barisan Nasional (BN) - Pakatan Harapan (PH) menang dua kerusi iaitu di Galas (BN) dan Kota Lama (PH).

Artikel Berkaitan: