Ketangkasan Martinez pacu Argentina ke separuh akhir

Martinez menyelamatkan dua penalti Ecuador. FOTO: AFP
Martinez menyelamatkan dua penalti Ecuador. FOTO: AFP
A
A
A

PENJAGA gol, Emiliano Martinez menjadi wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti dan menutup kegagalan Lionel Messi menyempurnakan penalti apabila juara bertahan Argentina menewaskan Ecuador untuk mara ke separuh akhir Copa America pada Jumaat.

Tandukan Lisandro Martinez telah meletakkan juara dunia Argentina didepan pada minit ke-35, namun Kevin Rodriguez menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan untuk Ecuador dalam aksi di Stadium NRG Houston.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti dan Messi yang menjadi penendang pertama gagal menyempurnakannya apabila bola terkena palang.

Argentina perlu berterima kasih kepada ketangkasan Martinez apabila pasukan itu memenangi penentuan sepakan penalti 4-2 dan mara ke separuh akhir.

Martinez berada dalam momentum tinggi menafikan sepakan penalti Angel Mena dan Alan Minda dan meletakkan pasukannya di depan sebelum Nicolas Otamendi menyumbat gol kemenangan pada sepakan keempat.

Martinez telah menyelamatkan tiga sepakan penalti dalam kemenangan penentuan penalti 3-2 untuk Argentina ke atas Colombia pada separuh akhir Copa America 2021 dan turut menyelamatkan dua penalti dalam kemenangan akhir Piala Dunia menentang Perancis di Qatar.

Artikel Berkaitan: