Sindiket judi online gajikan 'programmer' RM12,000

Mohamad Lazim menunjukkan antara rampasan susulan tumpasnya sindiket judi dalam talian di ibu negara, 27 Jun lalu.
Mohamad Lazim menunjukkan antara rampasan susulan tumpasnya sindiket judi dalam talian di ibu negara, 27 Jun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau programmer dengan tawaran gaji sehingga RM12,000 menjadi taktik sindiket judi online bagi mendapat keuntungan hasil penjualan laman aplikasi perjudian.

Kegiatan itu terbongkar menerusi serbuan di dua apartment di Jalan Tun Razak, di sini, pada 27 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, serbuan di kedua-dua lokasi berjaya menahan 24 individu termasuk 10 wanita berusia lingkungan 24 hingga 44 tahun untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Antara rampasan barang kes babit serbuan dua sindiket judi online di ibu negara, 27 Jun lalu.
Antara rampasan barang kes babit serbuan dua sindiket judi online di ibu negara, 27 Jun lalu.

"Serbuan pertama kira-kira jam 3 pagi berjaya memberkas 15 individu termasuk dua warga China, manakala serbuan kedua pada jam 3 petang menahan sembilan individu termasuk tujuh China.

"Siasatan mendapati dua serbuan ini membabitkan dua sindiket berlainan yang telah aktif sejak enam bulan lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini pada Jumaat.

Mohamad Lazim (dua kanan) menunjukkan antara rampasan susulan tumpasnya sindiket judi dalam talian di ibu negara, 27 Jun lalu.
Mohamad Lazim (dua kanan) menunjukkan antara rampasan susulan tumpasnya sindiket judi dalam talian di ibu negara, 27 Jun lalu.

Beliau berkata, serbuan ini bertindak membawa rampasan pelbagai rampasan antaranya kad akses, komputer riba, telefon bimbit, ipad dan router.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohamad Lazim, modus operandi sindiket dipercayai merekrut individu di kalangan 'programmer' dengan tawaran gaji sekitar RM5,000 hingga RM12,000.

Katanya, warga China yang ditahan juga dikesan masuk ke Malaysia menggunakan pas pelancong.

"Programmer ini berperanan menghasilkan 'software' bagi laman judi online dengan menyasarkan pembeli atau pemain di luar negara.

"Sindiket juga berselindung di sebalik syarikat sah yang menawarkan caruman pertubuhan keselamatan sosial (Perkeso) kepada pekerja dan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat," ujarnya.

Tegas beliau, polis memberi amaran keras agar tidak terlibat dengan sebarang kesalahan jenayah dan orang ramai disaran untuk salurkan maklumat di Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau Hotline Polis Wangsa Maju 03-92899222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!