Jual dadah guna 'call sign', edar guna kurier

Ahmad Sukarno (dua kiri) menunjukkan peket ganja yang dirampas polis dalam beberapa siri serbuan pada Isnin lalu.
Ahmad Sukarno (dua kiri) menunjukkan peket ganja yang dirampas polis dalam beberapa siri serbuan pada Isnin lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Membuat urusan jualan dadah ganja di aplikasi Telegram selain perlu menggunakan tanda panggilan atau 'call sign' tertentu bagi memastikan kegiatan itu tidak mudah dikesan pihak polis.

Namun, taktik itu berjaya dibongkar dengan tangkapan tiga lelaki menerusi beberapa siri serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sekitar ibu negara, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tangkapan pertama membabitkan suspek berusia 20 tahun di kawasan Publika.

Katanya, soal siasat suspek membawa serbuan kedua di Jalan Raja Chulan pada hari yang sama dan berjaya menahan dua lagi suspek berusia 24 tahun di kawasan lobi sebuah premis pejabat di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

"Polis telah merampas karung guni berisi 50 peket plastik lut sinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 5.26 kilogram (kg).

"Berikutan itu, polis menyita kereta Mercedes Benz dan Nissan Almera milik dua suspek terbabit di kawasan tempat meletak kenderaan di premis terbabit," katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, maklumat lanjut kemudian menyerbu sebuah premis pejabat di bangunan tersebut yang turut menemukan lima kotak berisi peket ganja dianggarkan berjumlah 19.12kg.

Tambahnya, siasatan mendapati kesemua suspek terlibat dalam aktiviti itu sejak empat bulan lalu dan dikesan menjalankan jual beli dadah melalui aplikasi Telegram sebelum membuat penghantaran menggunakan kurier.

Artikel Berkaitan:

“Semua dadah dijual dengan harga bermula RM200 hingga RM250 bagi satu peket seberat 125 gram. Pelanggan yang berminat akan membuat pesanan melalui kumpulan Telegram.

“Ketiga-tiga suspek saling mengenali sejak sekolah. Kita sedang mengenal pasti ahli sindiket lain yang terlibat dengan rangkaian ini,” katanya.

Tambahnya, kesemua dadah bernilai RM85,980 dan siasatan sedang dijalankan untuk kenal pasti rangkaian dan sumber bekalan terbabit.

“Kesemua suspek yang juga rakan sekolah itu kini direman lima hari bermula Selasa dan akan dimohon sambung reman untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!