Keluarga pendapatan bawah RM5,000 layak mohon BINGKAS

Syarat kelayakan penuh program BINGKAS dibuka kepada warga Malaysia, pengundi berdaftar di Selangor, lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun. - Gambar hiasan, gambar kecil: Anfaal
Syarat kelayakan penuh program BINGKAS dibuka kepada warga Malaysia, pengundi berdaftar di Selangor, lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun. - Gambar hiasan, gambar kecil: Anfaal
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membuka permohonan baharu bagi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) mulai Jumaat (5 Julai 2024).

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM108 juta dengan sasaran 30,000 penerima manfaat seluruh Selangor.

Menurutnya, BINGKAS antara program bantuan kewangan terbesar dilaksanakan oleh kerajaan Selangor yang menawarkan bantuan RM300 sebulan selama 24 bulan.

"Ia untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan serta kelengkapan pendidikan.

"Sejak diperkenalkan pada 2018, BINGKAS telah berjaya meringankan beban kewangan dan meningkatkan daya tahan keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, program BINGKAS diteruskan pada tahun ini selaras dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

Ia seterusnya ke arah pencapaian petunjuk makro Rancangan Selangor Pertama untuk mengurangkan kemiskinan relatif dalam kalangan rakyat Selangor.

"Bagi tahun ini, kerajaan negeri menambah baik pelaksanaan BINGKAS dengan memperluas syarat pendapatan isi rumah kepada RM5,000 dan ke bawah berbanding RM3,000 sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Syarat kelayakan penuh program BINGKAS dibuka kepada warga Malaysia, pengundi berdaftar di Selangor, lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

"Selain itu, kelayakan terdiri keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya tanggungan dua orang berusia 18 tahun ke bawah," katanya.

Tambahnya, permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah atau menggunakan laman sesawang www.bingkasselangor.com mulai jam 3 petang ini sehingga 15 Ogos depan.

Sebarang maklumat lanjut boleh diajukan ke talian hotline Selcare 1-800-22-6600 atau melalui emel info@selcare.my.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!