Hias rumah dengan seni kaligrafi Cina

Choon Aun menghasilkan lukisan kaligrafi.
Choon Aun menghasilkan lukisan kaligrafi.
A
A
A

KUALA PERLIS - Sambutan Tahun Baru Cina bagi pasangan suami isteri di Taman Utara Jaya di sini tidak lengkap sekiranya tidak menghias rumah mereka dengan seni kaligrafi Cina.

Bagi sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, Koay Choon Aun, 66, yang merupakan satu-satunya ahli kaligrafi Cina di negeri ini bersama isterinya, Lee Chew Hoon, 60, mengambil masa hampir dua bulan untuk menghasilkan seni itu untuk hiasan rumah mereka.

Choon Aun berkata, seni hiasan kaligrafi Cina serta lukisan itu pastinya berubah setiap tahun mengikut jenis haiwan pada tahun berkenaan.

"Sudah lebih 15 tahun saya mengamalkan rutin menghias rumah dengan seni kaligrafi bersama isteri sementara menanti kepulangan anak dan menantu," katanya.

Choon Aun menunjukkan hasil seni kaligrafi yang ditampal di dinding rumahnya.
Choon Aun menunjukkan hasil seni kaligrafi yang ditampal di dinding rumahnya.

Menurut Choon Aun, selain dinding, beliau juga turut memahatkan seni berkenaan pada t-shirt berwarna merah untuk dipakai pada pagi raya.

“Tahun ini tahun tikus, jadi saya mendapat idea dari internet untuk membuat lakaran di dinding rumah," katanya.

Menurut Choon Aun yang merupakan pesara guru, seni kaligrafi berkenaan berkisarkan kata-kata positif yang lebih kepada pengharapan seperti kesihatan yang baik, kekayaan dan juga kesenangan.

Artikel Berkaitan:

"Saya menulis dan melukis menggunakan berus dan dakwat hitam di atas sehelai kertas berwarna merah.

"Bagi kami masyarakat Cina, warna merah sangat memberi makna kerana ia berkisarkan tentang keberanian dan juga sumber kekuatan," katanya.

Kata Choon Aun, penghasilannya bukan mudah kerana memerlukan bakat serta teknik tertentu.

"Peralihan zaman membuatkan seni kaligrafi kini dimodenkan dengan pertambahan ciri-ciri warna, lukisan halus dan juga ikon yang membawa kepada keberkatan," katanya.

Tambahnya, sambutan Tahun Baru Cina pasti lebih meriah dengan adanya hiasan di dinding rumah seperti itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!