'Siapa Buka Lampu' naskhah komedi santai

Filem Siapa Buka Lampu menyaksikan gandingan penerbit tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Filem Siapa Buka Lampu menyaksikan gandingan penerbit tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.
A
A
A

KEJAYAAN Siapa Tutup Lampu? pada tahun 2021 menarik syarikat produksi SG Entertainment & Advertising dengan kerjasama LC Film Sdn Bhd dan Horizon Film Entertainment Sdn Bhd (penerbit Siapa Tutup Lampu?) untuk menghasilkan filem terbaharu, Siapa Buka Lampu?

Tampil dengan jalan cerita, pengarah dan pelakon yang berbeza, Siapa Buka Lampu menyaksikan gandingan penerbit tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Filem arahan pengarah dari Indonesia, Reka Wijaya menampilkan gandingan pelakon Punnagai Poo Gheetha (Aadhya), Qasrina Karim (Aida), Azizul Ammar (Amir), Azhar Jalil (Arif), Angie Ang (Ayu), Gesya Shandy (Aura), Issey Fazlisham (Aiman), Bell Ngasri (Anurak), Mamak Puteh(Awan) dan ramai lagi.

Filem ini mengambil inspirasi beberapa babak yang pernah dilihat dalam filem tempatan dan antarabangsa.
Filem ini mengambil inspirasi beberapa babak yang pernah dilihat dalam filem tempatan dan antarabangsa.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan sebuah vila yang menjadi tular di media sosial selepas mendapat reviu daripada ramai pempengaruh media sosial.

Bagaimanapun selepas pemilik vila itu sendiri berdepan gangguan, dia cuba mendapatkan khidmat paranormal yang diketuai sepasang suami isteri.

Keadaan mula menjadi huru-hara selepas mereka gagal 'menyingkirkan' tetamu tidak diundang, sehingga menyebabkan hantu Anubell yang pernah ditangkap oleh mereka dalam kes sebelum ini telah terlepas.

Pada asasnya, bagi penggemar filem seram, anda pasti akan dapat meneka beberapa watak dan babak parodi daripada beberapa filem seram antarabangsa dan tempatan.

Artikel Berkaitan:

Walaupun Siapa Buka Lampu merupakan sebuah karya komedia, Reka Wijaya masih menyelitkan beberapa babak seram yang masih membuatkan penonton terkejut.

Qasrina dan Ammar menjadi antara penggerak utama Siapa Buka Lampu?
Qasrina dan Ammar menjadi antara penggerak utama Siapa Buka Lampu?

Namun tidak seperti karya komedi seram tempatan yang klise, Siapa Buka Lampu masih mampu membuatkan penonton ketawa geli hati dan pada masa sama 'terjerat' dalam 'jump scare' yang diselitkan.

Bagi penulis, Siapa Buka Lampu adalah sebuah karya yang santai dan menghiburkan walaupun masih terdapat beberapa kelemahan daripada sudut momentum jalan cerita tetapi ia tidaklah merosakkan keseluruhan filem.

Kemunculan Bell Ngasri walaupun untuk seketika tetapi masih mampu mengeletek hati penonton dengan aksi bersahaja dan dialog berbahasa Thai.

Bagaimana agaknya Bell berbahasa Thai dan dapatkah mereka menyelesaikan masalah yang melanda vila tersebut dan siapakah pula hantu Nak Nak yang membuat gangguan di vila itu?

SIAPA BUKA LAMPU?

PENGARAH: Reka Wijaya

PELAKON: Punnagai Poo Gheetha, Qasrina Karim, Bell Ngasri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Mamak Puteh

GENRE: Komedi / Seram

DURASI: 1 Jam 32 Minit

KLASIFIKASI: 13

TAYANGAN: 4 Jul 2024

BINTANG: 3.5 / 5

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!