Polis tahan lima suspek pecah rumah

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan lima lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah rumah di kawasan Bandar Baru Permas, di sini, Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kesemua lelaki berusia 29 hingga 39 tahun itu ditahan hasil serbuan ke sebuah rumah di kawasan Taman Desa Tebrau Desa,Tebrau, sekitar jam 4 petang hingga 10 malam di sebuah rumah di kawasan tersebut.

Katanya, polis turut merampas batang besi panjang berukuran 114.5 sentimeter (cm) dan tiga parang berukuran 46.5cm hingga 70cm yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan pecah rumah, turut dirampas.

“Kita menerima maklumat daripada seorang wanita warga tempatan berusia 37 tahun, berkaitan kes pecah rumah di kawasan berkenaan, pada 19 Jun.

“Justeru, pada jam 4.30 petang Khamis, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah membuat serbuan dan berjaya serta menahan lima lelaki.

Hasil semakan rekod mendapati lelaki pertama ditahan mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod lampau kes dadah, sementara lelaki kedua didapati memiliki enam rekod lampau kes jenayah dan lima rekod lampu kes dadah dan lelaki kelima mempunyai tiga rekod lampu kes jenayah.

Dua lagi lelaki didapati tidak memiliki rekod jenayah lampau serta kes dadah; namun hasil ujian air kencing, kesemua lima suspek didapati positif.

Kesemua suspek kini direman selama enam hari mulai Jumaat hingga Khamis depan, bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Jika kesalahan itu ialah kesalahan mencuri tempoh penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun manakala kesalahan kali kedua boleh dikenakan penjara atau sebat.