KKM setuju penyelidikan klinikal diiktiraf

Dr Dzulkefly ketika mengadakan sesi dialog dengan para penyelidik dari Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) seluruh negara. Foto FB Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly ketika mengadakan sesi dialog dengan para penyelidik dari Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) seluruh negara. Foto FB Dr Dzulkefly
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju agar penyelidikan klinikal diiktiraf sebagai bidang kepakaran perubatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia penting untuk mencapai beberapa natijah atau keberhasilan dari sudut pandang dasar.

Beliau memberi contoh, pertama memberi fokus khusus untuk bidang itu berkembang dipacu dengan kolaborasi lebih luas di peringkat antarabangsa.

"Kedua, ia boleh menjadi laluan kerjaya khusus, yang bukan sahaja untuk pengamal perubatan namun bidang sains dan kejuruteraan yang berkaitan

"Dari segi ini, saya berhasrat agar perbincangan dapat diteruskan hingga ke peringkat tertinggi. InsyaALLAH, jika meritnya kukuh dan hala tuju yang dipersetujui jelas, kita akan dapat merealisasikannya," ujarnya menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Datuk Seri Dr Dzulkefly ketika hadir ke sesi dialog dengan para penyelidik dari Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) seluruh negara. Foto FB Dr Dzulkefly

Semalam, Dr Dzulkefly mengadakan sesi dialog dengan para penyelidik dari Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) seluruh negara.

Tercetus pada tahun 1997, CRC beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2000 sebagai cabang penyelidikan klinikal bagi KKM Kini, IRC secara kolektif yang bernaung di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, CRC di seluruh negara adalah rakan kongsi penting Clinical Research Malaysia (CRM) untuk melaksanakan program-program yang telah dikenalpasti, demi menjadikan Malaysia sebagai destinasi penyelidikan klinikal utama di rantau ini.

"Saya mengambil maklum cabaran yang dihadapi oleh para penyelidik, terutamanya yang terpaksa mengimbangkan antara tugas hakiki di fasiliti kesihatan masing-masing dengan tugasan-tugasan penyelidikan," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!