Tiga rumah musnah terbakar

Pasukan bomba sedang giat memadamkan kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah kelas C di Batu Feringghi.
Pasukan bomba sedang giat memadamkan kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah kelas C di Batu Feringghi.
A
A
A

GEORGE TOWN - Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran di sebuah kampung yang terletak di hadapan Masjid Batu Feringghi di sini pada petang Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hairi Fazzil berkata, kebakaran melibatkan rumah kelas B dengan keluasan 50 x 50 kaki persegi bagi setiap rumah.

Beliau bagaimanapun mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 1.11 petang tadi dan terus ke lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada petang Jumaat itu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada petang Jumaat itu.

"Selain anggota dari BBP Bagan Jermal, kita juga mendapat bantuan dari BBP Teluk Bahang, Jalan Perak, Paya Terubong dan Bandar Perda.

"Dua buah rumah musnah 80 peratus manakala sebuah lagi mengalami 50 peratus kemusnahan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, bomba telah melakukan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan tiada unsur bahaya yang lain.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 35 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi pemadaman.

"Kita sedang menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!