7 bersaudara maut, hanyut dibawa kepala air

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan kira-kira 10 orang daripada keluarga besar itu saling berpelukan selepas mendapati diri mereka dikelilingi air sungai yang deras berikutan hujan lebat berterusan.
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan kira-kira 10 orang daripada keluarga besar itu saling berpelukan selepas mendapati diri mereka dikelilingi air sungai yang deras berikutan hujan lebat berterusan.
A
A
A

MAHARASHTRA - [DIKEMAS KINI] Tujuh sekeluarga termasuk kanak-kanak maut dalam satu kejadian kepala air di sini, baru-baru ini.

Mangsa yang mayatnya telah ditemui dikenali sebagai Shahista Ansari, 36, Amima Ansari,13, dan Umera Ansari, 8. Mereka yang masih hilang pula ialah Adnan Ansari, 4, dan Maria Sayyad, 9.

Difahamkan, kesemua mereka berasal dari daerah Sayyad Nagar, bandar Pune.

Menurut polis, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu apabila kira-kira 19 sekeluarga menaiki bas sewa untuk berkelah sambil menikmati pemandangan air terjun Lonavala.

Dalam pada itu laporan media tempatan menyatakan, keluarga terbabit baru saja pulang dari Mumbai untuk menghadiri perkahwinan sebelum sepakat untuk berkelah di kawasan tersebut.

Dilaporkan juga bahawa kawasan air terjun itu sememangnya menjadi kawasan larangan.
Dilaporkan juga bahawa kawasan air terjun itu sememangnya menjadi kawasan larangan.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan keluarga besar itu saling berpelukan selepas mendapati diri mereka dikelilingi air sungai yang deras berikutan hujan lebat berterusan.

Meskipun ada usaha untuk menyelamatkan mereka, arus yang terlalu kuat membuatkan percubaan itu gagal sebelum mereka yang lain turut menjadi mangsa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, polis, anggota penyelam tentera laut dan pasukan keselamatan lain kini giat mencari mangsa yang masih hilang.

Dilaporkan juga bahawa kawasan air terjun itu sememangnya menjadi kawasan larangan.

Terdahulu, pihak berkuasa telah memasang papan tanda sebagai peringatan kepada pelancong bagaimanapun segelintir daripada mereka mengabaikan amaran tersebut.- Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Tujuh sekeluarga termasuk kanak-kanak maut dalam satu kejadian kepala air, Maharashtra, India baru-baru ini. Mangsa yang mayatnya telah ditemui dikenali sebagai Shahista Ansari, 36, Amima Ansari,13, dan Umera Ansari, 8. Mereka yang masih hilang pula ialah Adnan Ansari, 4, dan Maria Sayyad, 9. Difahamkan, kesemua mereka berasal dari daerah Sayyad Nagar, bandar Pune. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #KepalaAir

original sound - Sinar Harian