Banyak permohonan bekas ahli mahu sertai semula UMNO - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tiga dari kanan) semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, Jeli pada Jumaat.
Ahmad Zahid (tiga dari kanan) semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, Jeli pada Jumaat.
A
A
A

JELI - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pihaknya menerima banyak permohonan daripada bekas ahli untuk menyertai kembali parti tersebut.

"Permintaan banyak, namun kita akan bawa kepada Lembaga Disiplin yang kemudian akan mengemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk dimuktamadkan.

"Selepas itu Majlis Tertinggi UMNO akan membuat keputusan," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di sini pada Jumaat.

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, Jeli pada Jumaat.
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, Jeli pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, mana-mana ahli yang telah dipecat bebas untuk menyertai parti lain.

Ujar Ahmad Zahid, mereka boleh masuk parti-parti mana yang disukai.

"Itu adalah pilihan mereka," katanya yang mengulas mengenai tindakan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengesahkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid bersalaman dengan perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, Jeli pada Jumaat.
Ahmad Zahid bersalaman dengan perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, Jeli pada Jumaat.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Noh mengesahkan menyertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Permohonan itu dibuat secara terus dalam talian tanpa diketahui sesiapa pada Khamis.

Menurut bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, keputusan berkenaan dibuat berikutan kecewa dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!