Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah

Aksi mereka mengundang pelbagai komentar daripada warga maya. Agensi
Aksi mereka mengundang pelbagai komentar daripada warga maya. Agensi
A
A
A

JAKARTA - Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kampung beratur untuk meminum air rendam kaki yang didakwa sebagai 'air berkah'.

Liputan 6, melaporkan air rendaman kaki itu adalah milik jemaah Indonesia yang baru pulang dari menunaikan haji.

Menerusi klip berkenaan, difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.

Bagaimanapun, perkongsian klip itu mengundang pelbagai hantaran negatif yang mendakwa bahawa perbuatan itu sebagai memalukan.

"Nabi Muhammad SAW yang semulia itu sahaja tidak pernah melakukan perbuatan seumpama itu," kata seorang pengguna.

"Difahamkan itu satu warisan budaya, tetapi jika tidak baik kenapa ia diteruskan," kata seorang warganet lagi.

Menerusi klip berkenaan, memaparkan seorang wanita mencium rendaman kaki seorang wanita yang didakwa sebagai Hajah, sementara seorang lagi mencium rendaman kaki seorang lelaki. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!