RM3.77 bilion itu patut guna untuk tingkat kemahiran pekerja, bukan melabur - MTUC

Laporan Sinar Harian pada Khamis.Gambar kecil: Kamarul Baharin
Laporan Sinar Harian pada Khamis.Gambar kecil: Kamarul Baharin
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan HRD Corp menggunakan kutipan levi daripada majikan untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan dilihat tersasar daripada matlamat asal pembiayaan itu diwujudkan.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, ini kerana kepincangan berkenaan secara tidak langsung turut menjejaskan usaha meningkatkan kemahiran dalam kalangan pekerja di negara ini.

“Pendedahan oleh PAC memang mengejutkan kerana dana yang sepatutnya digunakan untuk program latihan bagi meningkatkan lagi kemahiran pekerja tapi digunakan untuk tujuan lain.

“Sedangkan kita sedia maklum dalam aspek kemahiran, pekerja kita masih lagi berada pada tahap tidak memuaskan. Jadi apa yang didedahkan ini sebenarnya amat mengecewakan.

“Kita harap perkara ini disiasat dengan teliti sebagai pengajaran pada masa akan datang supaya tidak berulang lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan PAC bahawa sebanyak RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan telah digunakan HRD Corp untuk melabur sedangkan ia bukanlah sebuah institusi pelaburan.

Kamarul Baharin dalam masa sama turut menggesa agar permohonan untuk mengikuti program tersebut diperluas, bukan hanya melalui majikan.

Katanya, sudah tiba masanya program untuk mengikuti latihan meningkatkan kemahiran itu diperluas dengan memberi kelonggaran bagi permohonan secara individu dan juga kesatuan sekerja.

Artikel Berkaitan:

“MTUC ada mendapat makluman daripada ahli bahawa mereka yang pernah bekerja selama 10 tahun di sesebuah syarikat tetapi tidak pernah dihantar mengikuti sebarang program atau kursus meningkatkan kemahiran, sedangkan peningkatan kemahiran harus seiring dengan kemajuan teknologi,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!