Restoran Hakim sedia lebih 4,000 kerusi, meja sempena Euro 2024

Sinar Harian akan mengadakan acara khas Riuh Euro iaitu tayangan perlawanan akhir melalui skrin gergasi di Restoran Hakim bermula dari malam 14 Julai hingga awal pagi 15 Julai.
Sinar Harian akan mengadakan acara khas Riuh Euro iaitu tayangan perlawanan akhir melalui skrin gergasi di Restoran Hakim bermula dari malam 14 Julai hingga awal pagi 15 Julai.
A
A
A

RESTORAN Hakim di Seksyen 7, Shah Alam menyediakan lebih 4,000 kerusi dan meja untuk pengunjung yang mahu menonton kejohanan bola sepak Euro 2024.

Pemiliknya, Datuk Hakimsa Abdul Karim berkata, kemudahan tersebut disediakan supaya peminat bola sepak berasa selesa.

“Kita sedia kerusi dan meja bukan sahaja di dalam Restoran Hakim malah turut meletakkannya di luar kedai termasuk kawasan jalan.

“Kami menyediakan tayangan layar gergasi seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sempena Euro 2024 ini, Sinar Harian akan mengadakan acara khas Riuh Euro iaitu tayangan perlawanan akhir melalui skrin gergasi di Restoran Hakim bermula dari malam 14 Julai hingga awal pagi 15 Julai.

Hakimsa berkata, pihaknya juga mendapatkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi memastikan program berjalan lancar.

“Banyak lagi aktiviti menarik namun masih dalam perbincangan bersama penaja. Apa yang pasti ada cabutan bertuah berupa hamper. Jumlahnya belum tahu lagi kerana masih dalam perbincangan,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!