54 syarikat umrah disenarai hitam

Kira-kira 8.3 juta visa umrah dikeluarkan pada musim lalu.
Kira-kira 8.3 juta visa umrah dikeluarkan pada musim lalu.
A
A
A

KAHERAH - Kira-kira 54 buah syarikat pelancongan yang menganjurkan umrah dari 19 negara Arab dan Islam telah disenarai hitam kerana melanggar syarat peraturan.

Gulfnews.com yang memetik laporan akhbar Al Watan berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha memerangi kegiatan haram dalam perjalanan palsu umrah di Arab Saudi, selepas agensi pelancongan dikesan melanggar peraturan ketika musim haji pada Jun.

Semasa musim haji tahun ini, ratusan jemaah tidak berdaftar telah meninggal dunia yang kebanyakannya akibat panas terik.

Katanya, beberapa syarikat jemaah haji di Arab Saudi sedang bekerjasama dengan agensi keselamatan negara berkenaan bagi mendedahkan sindiket umrah di dalam dan luar negara.

Akhbar yang memetik sumber tempatan itu menambah, orang tengah dipercayai terlibat dalam pemerdagangan manusia telah bertanggungjawab membawa masuk jemaah tidak berdaftar yang tidak mampu membayar kos sah umrah.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi oleh Arab Saudi mengenai laporan itu.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Abdul Fatah Mashat telah bertemu dengan wakil syarikat umrah untuk membincangkan persiapan menghadapi musim umrah baharu yang bermula bulan lalu selepas 1.8 juta umat Islam menunaikan ibadah haji tahunan di dalam dan sekitar kota suci Makkah.

Kira-kira 8.3 juta visa umrah dikeluarkan pada musim lalu. Umrah dilaksanakan di sepanjang tahun di Masjidil Haram.

Artikel Berkaitan:

Semasa musim haji baru-baru ini, Arab Saudi mengumumkan bahawa seramai 1,301 jemaah meninggal dunia termasuk 83 peratus daripada mereka tidak mempunyai visa sah.

Pihak Arab Saudi telah berulang kali mengatakan visa haji diwajibkan dalam mengerjakan rukun Islam kelima bagi membanteras jemaah haji yang tidak berdaftar. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!