Tuah tak memihak Jerman - Nagelsmann

Biarpun tewas kepada Sepanyol, Nagelsmann (kanan) tetap bangga dengan aksi pemain Jerman. Foto EPA
Biarpun tewas kepada Sepanyol, Nagelsmann (kanan) tetap bangga dengan aksi pemain Jerman. Foto EPA
A
A
A

JULIAN Nagelsmann mengakui Jerman lebih baik berbanding Sepanyol biarpun kalah 1-2 dalam aksi suku akhir Euro 2024 yang penuh dramatik di Stuttgart pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan tuan rumah memperaga persembahan membanggakan, namun nasib tidak menyebelahi mereka dan ia amat mengecewakan.

Pemain Sepanyol, Mikel Merino menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-119 ketika perlawanan hampir ke penentuan sepakan penalti.

Pasukan tuan rumah mengheret permainan ke masa tambahan menerusi gol penyamaan minit ke-89 Florian Wirtz.

"Perlawanan sangat terbuka dan pada separuh masa kedua kami bertindak balas dengan lebih baik menerusi perubahan yang kami buat dan akhirnya berjaya.

"Selepas 60 minit, pasukan bermain dengan lebih baik. Banyak peluang dihasilkan dan gol pada lewat perlawanan adalah wajar," ujar Nagelsmann.

Beliau melakukan perubahan selepas rehat yang menyaksikan gol penyamaan selepas gol pembuka Dani Olmo untuk Sepanyol pasa minit ke-51.

Kekalahan Jerman lebih sukar untuk ditelan apabila mereka dinafikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Marc Cucurella dalam masa tambahan.

Artikel Berkaitan:

Meskipun gagal mara ke separuh akhir, namun Nagelsmann tetap positif dengan pendekatan mereka di Euro 2024.

"Pemain-pemain mencurahkan segalanya di atas padang. Saya harap hubungan antara penyokong dan skuad kebangsaan ini akan membawa kesan positif kepada negara ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!