KPDN terjah peniaga gagal kemuka senarai harga baiki kenderaan

Pegawai KPDN Perak menjalankan pemeriksaan terhadap pemilik bengkel yang gagal mengemukakan senarai harga pembaikan di Ayer Tawar. Foto: ihsan KPDN Perak
Pegawai KPDN Perak menjalankan pemeriksaan terhadap pemilik bengkel yang gagal mengemukakan senarai harga pembaikan di Ayer Tawar. Foto: ihsan KPDN Perak
A
A
A

LUMUT - Seorang peniaga dikenakan tindakan selepas gagal mengemukakan senarai harga pembaikan di sebuah bengkel baik pulih kenderaan dekat Ayer Tawar pada Khamis.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan itu diambil selepas menerima aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan.

"Sepasukan pegawai dan anggota Penguat Kuasa KPDN cawangan Manjung telah melakukan siasatan berdasarkan laporan yang diterima daripada pengadu.

"Hasil siasatan mendapati pemilik bengkel gagal untuk mengemukakan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan pembaikan atau sebut harga sebelum melakukan apa-apa pembaikan ke atas kenderaan apabila diminta," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pegawai KPDN Perak menjalankan pemeriksaan terhadap pemilik bengkel yang gagal mengemukakan senarai harga pembaikan di Ayer Tawar. Foto: ihsan KPDN Perak
Pegawai KPDN Perak menjalankan pemeriksaan terhadap pemilik bengkel yang gagal mengemukakan senarai harga pembaikan di Ayer Tawar. Foto: ihsan KPDN Perak

Menurut beliau, tindakan kes diambil di bawah Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) Pindaan 2002, Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal memberi suatu pernyataan bertulis kepada pengguna sebelum dan selepas perkhidmatan pembaikan dilakukan.

"Sabit kesalahan bagi pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya didenda tidak melebihi RM200,000.

"Jika bukan pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya didenda tidak melebihi RM100,000," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!