Portugal ikrar bangkit lebih kuat

Reaksi Martinez (kanan) dan Cristiano Ronaldo selepas Portugal tewas kepada Perancis dalam aksi suku akhir Euro 2024. Foto EPA
Reaksi Martinez (kanan) dan Cristiano Ronaldo selepas Portugal tewas kepada Perancis dalam aksi suku akhir Euro 2024. Foto EPA
A
A
A

PORTUGAL berikrar untuk bangkit lebih kuat setelah kalah bermaruah kepada Perancis dalam aksi suku akhir Euro 2024 di Hamburg pada Sabtu.

Jurulatihnya, Roberto Martinez memuji para pemain yang mempamerkan prestasi terbaik ketika tewas 3-5 menerusi penentuan penalti kepada Perancis.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat tanpa jaringan selepas masa tambahan.

"Kami pasukan yang boleh bersaing dan mahu menang untuk penyokong.

"Kalah, tetapi bermaruah. Memberikan segala-galanya dengan gaya permainan Portugal," ujar Martinez.

Dalam aksi itu, Theo Hernandez mengesahkan kemenangan 5-3 Perancis, manakala Joao Felix satu-satunya pemain Portugal yang gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Bradley Barcola, Ousmane Dembele, Youssouf Fofana dan Jules Kounde turut menyempurnakan sepakan untuk Perancis.

Martinez juga percaya prestasi pemain muda pasukan itu akan meningkat hasil daripada pertembungan sengit di Volksparkstadion.

Artikel Berkaitan:

"Pemain kami akan berkembang dengan pengalaman ini.

"Persembahan individu, peluang dan bagaimana kami mencipta gerakan berbahaya.

"Ia adalah persembahan yang membuatkan kami melihat masa depan dengan penuh rasa bangga," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!