MUFT raih pengalaman berharga aksi Piala FA

Barisan kesebelasan utama MUFT yang diturunkan ketika bertemu JDT dalam aksi suku akhir kedua Piala FA malam tadi. -Foto: FB Johor Southern Tigers
Barisan kesebelasan utama MUFT yang diturunkan ketika bertemu JDT dalam aksi suku akhir kedua Piala FA malam tadi. -Foto: FB Johor Southern Tigers
A
A
A

MESKIPUN gagal melangkah ke pusingan seterusnya dalam aksi Piala FA, namun skuad Malaysian Universiti Football Team (MUFT) menyifatkan pertemuan dengan gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai satu pengalaman berharga dalam memantapkan lagi pasukan.

Skuad kendalian Ridzuan Abu Shah itu tewas 0-8 dengan agregat 0-13 dalam aksi suku akhir kedua bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.

Ridzuan berkata, kesemua pemain telah berusaha sebaik mungkin sepanjang perlawanan itu, namun kualiti pengalaman ternyata menjadi jurang pemisah antara kedua-dua pasukan.

Malah katanya, kekalahan itu juga menjadi pengalaman berharga buat pemain dalam memperbaiki setiap kelemahan yang ada bagi mendepani saingan Liga M3 seterusnya kelak.

“Ya, kita tahu JDT turunkan 'full squad' malam ini, tetapi pemain kami tetap berusaha sehabis daya. Itu memberikan moral kepada pemain dan mereka tahu di mana level mereka.

“Kita pun tak risaukan pandangan netizen di luar kerana program pembangunan yang kita lakukan ini adalah untuk pelajar yang pilih dua jalan, sama ada jadi pemain bola atau pun berstatus pelajar dan involvement kembali dalam arena bola sepak,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialami penjaga gol, Syed Muhammad Ifran Syafiq Syed Mohd Kamil, Ridzuan berkata, perkara itu sedikit merisaukan pasukan.

Bagaimanapun katanya, kesemua tiga penjaga gol yang dimiliki skuad kendaliannya itu dilihat mempunyai kemampuan yang sama bagi mengharungi aksi saingan Liga M-3 kelak.

Artikel Berkaitan:

“Ya, memang agak malang penjaga gol kita cedera tetapi secara keseluruhannya kita lihat pemain-pemain kita dapat beraksi dengan pemain-pemain yang bagus di mana ia merupakan perkara yang mereka tidak dapat dalam saingan liga yang mereka harungi sebelum ini.

“Apa pun, yang penting, dari segi persefahaman...sama juga keadaannya bila kami bermain di luar negara kerana semua ini merupakan proses pembelajaran dan kami menerima seadanya, tak ada masalah,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!