Dua van hangus

Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran berkenaan. Foto BBP Kota Tinggi
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran berkenaan. Foto BBP Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI – Dua van hampir musnah dalam insiden kebakaran di Jalan Melir 1, Taman Guru, di sini, tengah malam tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP), Azmi Sulaiman, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.36 tengah malam berhubung kebakaran berkenaan.

Sejurus menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan sat water tanker dengan tujuh anggota bomba dihantar ke lokasi.

“Setibanya PKO ke lokasi, didapati kebakaran berkenaan melibatkan dua van jenis Nissan Vannette dan van jenis Ford.

“Kedua-dua kenderaan berkenaan musnah sebanyak 90 peratus akibat kebakaran berkenaan.

“PKO kemudiannya bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula sumber air dari pam jentera dan water tanker sehingga api padam sepenuhnya,” katanya.

Kebakaran berkenaan tidak melibatkan mangsa dan operasi ditamatkan sekitar jam 1.24 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!