PRK Sungai Bakap: Pesakit strok naik ambulans pergi mengundi

Rosnah dibantu petugas SPR sebaik turun dari ambulans untuk mengundi di SK Sungai Duri sempena PRK Sungai Duri pada pagi Sabtu.
Rosnah dibantu petugas SPR sebaik turun dari ambulans untuk mengundi di SK Sungai Duri sempena PRK Sungai Duri pada pagi Sabtu.
A
A
A

SUNGAI BAKAP - Seorang pesakit strok dari Taman Sungai Duri, dekat sini tidak mahu terlepas mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap apabila hadir dengan menaiki Ambulans Yayasan Amal Malaysia.

Rosnah Ramli, 50, yang mengalami strok sebelah kiri sejak tiga tahun lalu tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri kira-kira jam 11 pagi.

"Semasa Pilihan Raya Negeri (PN) boleh lagi jalan sikit-sikit. Namun sekarang sudah tidak boleh jalan.

"Saya tidak pernah terlepas mengundi setiap kali pilihan raya sebelum ini," katanya semasa ditemui media pada pagi Sabtu.

Jelas Rosnah, hasratnya untuk terus mengundi tercapai apabila anaknya menghubungi pihak yang menguruskan ambulans tersebut.

"Anak tolong telefon dan tempah ambulans ini sejak minggu lalu nak memudahkan saya datang mengundi," ujarnya.

Rosnah yang dibantu oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibawa untuk menunaikan tanggungjawab dan selesai pada jam 11.20 pagi.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail.

Artikel Berkaitan:

Ia diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!