Harimau belang mati dilanggar kereta

Seekor harimau belang ditemukan mati di Lebuh Raya Utara- Selatan akibat dilanggar sebuah kereta di Tapah pada Sabtu. Foto ihsan pembaca
Seekor harimau belang ditemukan mati di Lebuh Raya Utara- Selatan akibat dilanggar sebuah kereta di Tapah pada Sabtu. Foto ihsan pembaca
A
A
A

TAPAH - Seekor harimau belang ditemukan mati akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 314, Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara di sini pada Sabtu.

Kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu menyebabkan kereta jenis Nissan Juke yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan di bahagian depan.

Karkas atau bangkai haiwan liar itu pula ditemui dalam longkang di tepi lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Harimau belang jantan itu dianggarkan berusia empat tahun dengan seberat 120 kilogram.

"Karkas harimau berkenaan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai untuk tindakan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!