Penjawat awam ditahan rasuah lulus ujian memandu

Penjawat awam di bawa ke IPD Ipoh bagi mendapatkan tempoh reman pada Sabtu. Foto Ihsan pembaca
Penjawat awam di bawa ke IPD Ipoh bagi mendapatkan tempoh reman pada Sabtu. Foto Ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak menahan seorang lelaki selepas disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah berjumlah RM750 daripada seorang calon ujian memandu.

Tangkapan terhadap penjawat awam berusia 42 tahun itu dibuat sekitar jam 6 petang pada Jumaat ketika suspek hadir ke pejabat SPRM Perak untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai bersubahat dengan seorang guru sekolah memandu dan seorang ejen bagi meminta dan menerima wang rasuah terbabit di sebuah sekolah memandu di Chemor.

Bayaran itu dikatakan sebagai jaminan untuk memastikan calon terbabit lulus dalam ujian lesen memandu yang didudukinya.

Susulan penahanan itu, suspek telah di bawa ke Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Sabtu dan Majistret Anis Hanini Abdullah membenarkan tempoh reman selama enam hari sehingga Khamis depan bagi membolehkan SPRM melakukan siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!