PAC akan terus bekerja keras kejar mereka tidak cekap, korup

Tze Tzin berkongsi gambar Anwar (duduk, tengah) yang meluangkan masa bertemu ahli PAC di Parlimen pada Khamis.
Tze Tzin berkongsi gambar Anwar (duduk, tengah) yang meluangkan masa bertemu ahli PAC di Parlimen pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai pemimpin politik kerajaan dan pembangkang mengambil pendirian memberi tumpuan kepada kepentingan negara dan meninggalkan 'topi parti' setiap kali mengadakan pertemuan.

Menurut ahli PAC, Sim Tze Tzin, dengan latar belakang yang pelbagai ini juga membolehkan mereka menyelami banyak isu dan menemui rasuah, salah urus dan ketirisan.

Menerusi hantaran di X, Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru turut berkongsi keterujaan ahli PAC apabila menerima tetamu khas iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, Khamis lalu.

"PAC biasanya digeruni pegawai kerajaan dan menyebabkan menteri pening kepala (ingat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kapal tempur pesisir (LCS)).

"Jarang sekali PM (Perdana Menteri) bertemu PAC. Saya tidak pernah (melihat Perdana Menteri bertemu PAC) dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ini menunjukkan PMX adalah pemimpin yang berbeza, yang menyokong tadbir urus yang baik, ketelusan dan kerja baik PAC.

"Saya bangga berada dalam PAC. Dengan sokongan PMX, kami akan terus bekerja keras untuk mengejar mereka yang tidak cekap dan korup," katanya.

Menerusi hantaran sama, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut berkongsi pasukan PAC bergambar dengan Anwar dalam pertemuan penuh makna tersebut.

Khamis lalu, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkongsi dengan pengikutnya di media sosial mengenai dirinya menerima nota khas daripada Anwar

Artikel Berkaitan:

Pemimpin pembangkang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkongsi keterujaannya menerima nota penghargaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut ahli Parlimen Masjid Tanah itu, nota bertulis tangan tersebut diserahkan oleh bentara sebaik sahaja selesai perjumpaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada Khamis.

Nota ditujukan kepada Mas Ermieyati bertulis ; 'Menghargai kesediaan saudara saudari PAC, untuk menemui dan berbincang. Insya-ALLAH saya akan menyusuli 'Asap' (secepat mungkin)'.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!