Kerajaan wujudkan TVET untuk Orang Asli

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

PASIR MAS - Kerajaan telah mewujudkan pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas untuk masyarakat Orang Asli.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kursus itu dibuat mengikut citarasa masyarakat berkenaan.

"Tahun lepas kita sediakan 650 tempat. Permohonan kita dapati lebih 1,500. Mereka yang tidak dapat masuk TVET ini kita salurkan ke kursus jangka pendek.

Ahmad Zahid (depan, tengah) merasmikan Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim 1 di Pasir Mas pada Sabtu.
Ahmad Zahid (depan, tengah) merasmikan Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim 1 di Pasir Mas pada Sabtu.

"Saya juga telah tawarkan pengajian dalam bidang automotif jangka pendek di Beifang International Education, China," katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim 1 di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, tawaran itu akan dibuat melalui Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).

Katanya, beliau amat menghormati sumbangan yang telah diberikan oleh JKOA dalam membela nasib masyarakat berkenaan.

Ahmad Zahid memberitahu, beliau turut berterima kepada JKOA telah berjaya menarik Orang Asli menyertai TVET.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!