'Tetapkan syarat pengunaan peruntukan ahli Parlimen pembangkang'

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

YAN - Kerajaan Perpaduan perlu menetapkan syarat penggunaan sekiranya memberi peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau antara wakil rakyat dikenakan syarat-syarat tertentu ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berpandangan, ahli Parlimen pembangkang ketika ini perlu dikenakan syarat-syarat sama.

"Ketika saya jadi pembangkang, saya hanya dapat RM100,000 dan tak boleh diguna untuk (operasi) pusat khidmat.

"Jadi kalau (kerajaan) nak bagi, saya kira RM100,000 cukuplah dan tak boleh diguna untuk pusat khidmat sebagaimana mereka tetapkan pada kami hari itu," katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2024 di Dewan Lestari Guar Chempedak, di sini, pada Sabtu.

Ahmad (dua dari kanan) beramah dengan ahli selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2024 di Dewan Lestari Guar Chempedak, di sini, pada Sabtu.
Ahmad (dua dari kanan) beramah dengan ahli selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2024 di Dewan Lestari Guar Chempedak, di sini, pada Sabtu.

Beliau memberitahu, ketika menjadi ahli Parlimen pembangkang diberikan peruntukan pada hujung penggal sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan:

"Saya kira ada tujuan lain (pemberian peruntukan ketika itu) iaitu tujuan untuk mengukuhkan kerajaan yang pada ketika (itu) tidak stabil.

"Itu sebab pembangkang juga dia bagi (dan) itu semua orang tahulah, itu rahsia umum," katanya.

Tambah Ahmad, situasi sekarang agak berbeza memandangkan Kerajaan Perpaduan mempunyai sokongan cukup kukuh.

"Jadi, kalau nak bagi, bagi RM100,000 macam mana mereka bagi kami dahulu," katanya.

Pada Jumaat, media melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Ahli Parlimen bukan diberikan secara khusus kepada wakil rakyat terbabit.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah untuk pembangunan infrastruktur dan sosial kawasan berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!