Kerajaan tidak pernah pinggir agenda Islam di negara ini - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada majlis Pelancaran Perayaan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan di Pejabat Cikgu Pencen dan Balai Lu'lu pada Sabtu. Foto Bernama

A
A
A

PASIR MAS - Kerajaan tidak pernah meminggirkan agenda Islam khususnya pendidikan Islam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, rakyat di negara ini tidak perlu mendengar tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu menyatakan Kerajaan Perpaduan ketika ini meminggirkan agenda Islam dan Melayu di Malaysia.

"Jika ada tuduhan menyatakan kerajaan ini telah menyingkirkan agenda Islam, saya ingin menyatakan dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM1.4 bilion telah diperuntukkan untuk pembangunan hal ehwal Islam dan peruntukan itu telah naik kepada RM1.9 bilion pada tahun ini. Apakah makna ini Islam terancam?

"Saya yakin sebagai saksi hidup ada rancangan untuk menambahkan pendidikan Islam kepada Maahad Tahfiz, Pra-Tahfiz KEMAS, guru KAFA dan lain-lain lagi,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (kanan) bersalaman bersama sebahagian pesara ketika hadir pada majlis Pelancaran Perayaan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan di Pejabat Cikgu Pencen dan Balai Lu'lu pada Sabtu. Foto Bernama

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan di Pejabat Pencen Dan Balai Lu'Lu Pasir Mas di sini pada Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan memberi sokongan terhadap agenda Islam dan Melayu ketika ini.

"Jangan dengar cakap-cakap pihak tertentu terutamanya pada PRK (Pilihan Raya Kecil) di Sungai Bakap dan PRK Nenggiri yang menyatakan kita (kerajaan) mahu pinggir agenda Islam, sebaiknya lihat pada fakta yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan dana sebanyak RM50,000, manakala FELCRA turut menyediakan RM50,000 kepada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan.

Ahmad Zahid berkata, kesemua peruntukan berkenaan berjumlah RM100,000 akan disalurkan dalam tempoh terdekat.

"Sebanyak RM50,000 daripada FELCRA adalah untuk zakat, manakala RM50,000 ialah dana daripada kementerian saya untuk persatuan ini.

"Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan pesara kerajaan terutamanya golongan para pendidik," kata beliau. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!