JAKIM sudah panggil Ustaz Don, beri teguran

Mohd Na'im, Ustaz Don
Mohd Na'im, Ustaz Don
A
A
A

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memanggil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk diberikan teguran dan nasihat berkenaan kontroversi berkaitan sumber rujukan sirah nabi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pertemuan itu telah dibuat bersama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff serta salah seorang ahli MAIWP, Ahmad Fauwaz Ali

"Kita sahkan perbincangan telah dibuat dan Ustaz Don telah diberikan nasihat serta teguran.

"Pertemuan ini penting selari dengan tugas JAKIM yang memainkan peranan sebagai institusi agama," katanya ketika ditemui pada program ziarah asnaf di Putrajaya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan perkembangan semasa penceramah selebriti itu selepas perkhidmatannya digantung oleh beberapa stesen penyiaran TV dan radio.

Selain itu, pada 21 Jun lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid dan surau untuk menangguh serta tidak mengundang Don Daniyal untuk sebarang acara.

Sebelum itu, Ustaz Don telah diberhentikan daripada mengendalikan program Salam Baitullah 2024 terbitan RTM.

Netizen sebelum ini mempertikaikan kesahihan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan Ustaz Don ketika bersiaran di konti stesen radio.

Artikel Berkaitan:

Mohd Na'im berkata, dalam isu berkenaan Ustaz Don beliau menasihatkan agamawan menggunakan sumber sahih ketika menyampaikan ilmu bagi mengelak kekeliruan kepada umum.

"Seperti saya cakap sebelum ini, kadang-kala bila kita buat silap dalam sesuatu perkara, tidak salah untuk mohon maaf dan terima teguran.

"Cuma saya tekankan, sebelum kita nak memetik sebarang ayat al-Quran atau hadis, kena pastikan kesahihan rujukan dan sumber petikan tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!