Program Kecemerlangan YBR bantu 329 pelajar hadapi SPM, STPM

Syaiful Rizal menyampaikan bantuan kepada Efandi (dua dari kanan) dan Hairo Rose (kiri) pada Program Kecemerlangan Tingkatan 5 dan 6 di Batu Kurau. Foto ihsan YBR
Syaiful Rizal menyampaikan bantuan kepada Efandi (dua dari kanan) dan Hairo Rose (kiri) pada Program Kecemerlangan Tingkatan 5 dan 6 di Batu Kurau. Foto ihsan YBR
A
A
A

LARUT - Program Kecemerlangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) membantu 329 pelajar tingkatan 5 dan 6 di Batu Kurau di sini, menjalani persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024.

Program dilaksanakan bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Kamaruddin dan SMK Jelai itu dapat membantu pelajar mengorak langkah lebih bersistematik serta terancang.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, program itu merupakan satu inisiatif bagi memberi pendedahan kepada pelajar terhadap teknik menjawab soalan peperiksaan terutamanya subjek teras dan elektif.

Menurut beliau, ia juga meningkatkan motivasi dan semangat pelajar sebelum menduduki peperiksaan.

"YBR sentiasa mendukung aspirasi pendidikan negara dan program sebegini mampu memberikan impak tinggi kepada pencapaian pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan datang serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Syaiful Rizal menyempurnakan perasmian Program Kecemerlangan Tingkatan 5 dan 6 SMK Dato’ Kamaruddin dan SMK Jelai melibatkan seramai 329 pelajar di Batu Kurau. Foto ihsan YBR
Syaiful Rizal menyempurnakan perasmian Program Kecemerlangan Tingkatan 5 dan 6 SMK Dato’ Kamaruddin dan SMK Jelai melibatkan seramai 329 pelajar di Batu Kurau. Foto ihsan YBR

Syaiful Rizal berkata, usaha itu juga menjadi salah satu strategi YBR dalam bidang pendidikan di kawasan bandar dan luar bandar.

"Program ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan peratus pelajar yang cemerlang dan lulus dalam peperiksaan SPM dan STPM yang bakal menjelang dan secara tidak langsung inisiatif

Artikel Berkaitan:

YBR ini dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah.

"Bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam memberi peluang kepada pelajar mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan guru masing-masing serta dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan," katanya.

Pada majlis itu, Syaiful Rizal telah menyempurnakan perasmian Program Kecemerlangan Tingkatan 5 dan 6 SMK Dato’ Kamaruddin dan SMK Jelai.

Hadir sama, Pengetua SMK Dato’ Kamaruddin, Efandi Zainuddin; Pengetua SMK Jelai, Hairo Rose Sidi Abu Bakarni; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!