Sokongan rakan suntik semangat Thevendran raih pingat emas

Thevendran
Thevendran
A
A
A

ATLET karate, KS Thevendran atlet yang menyumbangkan pingat emas ke-36 kontinjen negara dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 menyifatkan sokongan rakan sepasukan membantunya menampilkan daya saing tinggi.

Malah atlet berusia 20 tahun kelahiran Cheras, Kuala Lumpur yang melakukan debut pertama di edisi AUG ke-21 itu mengakui agak gemuruh dalam penampilan pertamanya di pentas temasya dwi tahunan berkenaan.

"Sejujurnya saya akui sedikit gemuruh sebelum setiap pertandingan, perlawanan pertama begitu juga di pentas final selain tidak bersedia dari segi mental.

"Namun sokongan daripada rakan-rakan sepasukan ternyata meningkatkan keyakinan saya untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Aksi Thevendran (kiri) ketika berdepan pesaingnya pada perlawanan akhir kumite Bawah 55kg lelaki.
Aksi Thevendran (kiri) ketika berdepan pesaingnya pada perlawanan akhir kumite Bawah 55kg lelaki.

"Saya amat gembira dapat meraih pingat emas buat kontinjen Malaysia kerana ini merupakan penampilan pertama di pentas AUG," katanya sambil menyifatkan pencapaian di edisi itu motivasi untuk saingan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 bulan depan.

Untuk rekod, Thevendran yang juga penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memastikan emas ke-36 negara selepas menjuarai acara kumite Bawah 55 kilogram (kg) lelaki selepas menewaskan pencabar dari Thailand, Chanpet Setthapong, 4-3 di Pusat Konvensyen Universiti Islam Malang.

Mengulas lanjut, Thevendran yang akan menggalas cabaran bersama Johor menyifatkan kilauan emas ini mampu menjadi suntikan motivasi buatnya pada Sukma Sarawak 2024

Artikel Berkaitan:

"Saya akan pulang dan meningkatkan latihan sebagai persediaan ke Sukma dan SEAKF (Kejohanan Karate Asia Tenggara) nanti," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!