Sistem pendidikan kebangsaan teras perpaduan

Ahmad Zahid (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Idris selepas Majlis Pelancaran Perayaan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (5PMCK) pada Sabtu.

A
A
A

PASIR MAS - Sistem pendidikan kebangsaan perlu menjadi teras kepada semua kaedah pengajaran di negara ini bagi mengekalkan perpaduan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem pendidikan tiga aliran yang dipraktikkan di negara ini membabitkan sekolah kebangsaan, sekolah vernakular dan pendidikan Islam dilihat sukar mencapai perpaduan.

Menurut beliau, perpaduan yang terbaik ialah melalui sistem pendidikan kerana asimilasi sosial harus dibuat melalui percampuran anak-anak di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke pusat pengajian tinggi.

"Sistem pendidikan kebangsaan dapat mencapai titik pertemuan bagi perpaduan kerana asimilasi sosial perlu dibuat melalui percampuran pelbagai bangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perayaan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (5PMCK) pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Yang Dipertua 5PMCK, Datuk Idris Muhamood.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan turut meningkatkan peruntukan membabitkan pendidikan Islam dalam agenda pendidikan negara.

Jelas beliau, sebanyak RM1.9 bilion diperuntukkan tahun ini berbanding hanya RM1.4 bilion pada tahun lalu menerusi pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!