Taman tema air di Kelantan, ini penjelasan Exco...

Gambar taman tema ini mula tular di Facebook sejak semalam.
Gambar taman tema ini mula tular di Facebook sejak semalam.
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menafikan tular mengenai projek pembangunan taman tema air di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa.

Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad berkata, pihaknya tidak menerima permohonan untuk membina taman tema air di sini.

“Hasil pemeriksaan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen), tiada permohonan dibuat dari mana-mana pelabur,” katanya.

Semalam, isu ini mula tular di laman sosial Facebook sehingga menarik perhatian penduduk.

Rata-rata netizen teruja taman itu dibina kerana selain menaikkan sektor perlancongan malah mempelbagaikan aktiviti riadah di negeri ini.

Malah segelintir daripadanya turut membuat kenyataan sinis, pembinaan pusat riadah ini akan mengelakkan penduduk menghabiskan masa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!