PRK Sungai Bakap: 57.7 peratus mengundi setakat 4 petang

Sebanyak 57.7 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang tadi. Foto Bernama
Sebanyak 57.7 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang tadi. Foto Bernama
A
A
A

NIBONG TEBAL - Sebanyak 57.7 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kesemua sembilan pusat mengundi melibatkan 65 saluran dibuka serentak pada 8 pagi tadi untuk memberi ruang kepada 39,151 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu kawasan itu hari ini.

Kesemua pusat mengundi berkenaan akan ditutup pada 6 petang ini sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap peratusan keluar mengundi bagi PRK berkenaan melebihi 65 peratus.

Secara keseluruhan, 39,279 pengundi berdaftar layak mengundi dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis, namun tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 2 Julai lepas setelah SPR mengeluarkan 128 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!