Rakyat Pantai Timur perlu dukung hasrat kerajaan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan hari ini. Foto Bernama
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan meminta rakyat di Pantai Timur supaya mendukung hasrat pembangunan yang ingin dilaksanakan kerajaan Persekutuan agar pertimbangan antara wilayah dapat dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha bersepadu ini perlu dilakukan demi memastikan kepentingan rakyat dapat dipenuhi menerusi pelbagai pembangunan yang telah dirancang.

Menurutnya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan seperti pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal menjadi pengubah keadaan kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Kita dapat lihat bagaimana ERCL akan menjadi satu limpahan besar untuk Pantai Timur. Kita harap bukan hanya kerajaan Kelantan, Terengganu dan Pahang (berkerjasama dalam membangunkan negeri), tapi rakyat khususnya di ketiga-tiga negeri ini harus bersama-sama mendukung hasrat kerajaan Persekutuan untuk terus bangunkan negeri Pantai Timur ini.

"Ini kerana kita mahu pertimbangan antara wilayah dilaksanakan demi kepentingan rakyat," katanya ketika berucap pada Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan kerajaan mahu aspek pemikiran, hati nurani dan amal daripada semua pihak dapat disatupadukan.

Katanya, ini membolehkan kerajaan dapat melaksanakan segala hasrat terbaik kepada rakyat ketika ini.

"Begitu juga kita lihat di bawah pelbagai kementerian dan nabatan serta agensi yang berada di Pantai Timur dengan kerjasama kerajaan negeri kita lihat bagaiamana pertimbangan antara wilayah ini harus kita dilakukan.

Artikel Berkaitan:

"Ini sangat penting kerana kita mahu tidak ada pun sebuah negeri yang tertinggal atau sebarang wilayah tertinggal di negeri Pantai Timur ini," katanya.

Program Madani Rakyat Zon Timur yang diadakan sejak semalam sehingga esok merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diperluaskan penganjurannya ke peringkat negeri mengikut zon.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Dianjurkan Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), program kali ini turut mendapat kerjasama strategik KKDW dan kerajaan Pahang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Kerajaan meminta rakyat di Pantai Timur supaya mendukung hasrat pembangunan yang ingin dilaksanakan kerajaan Persekutuan agar pertimbangan antara wilayah dapat dilaksanakan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha bersepadu ini perlu dilakukan demi memastikan kepentingan rakyat dapat dipenuhi menerusi pelbagai pembangunan yang telah dirancang. #fyp #SinarHarian #PantaiTimur #AhmadZahidHamidi #Pembangunan

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!