Isu HRD Corp: SPRM tubuh pasukan khas

SPRM akan meneliti keseluruhan dokumen yang diserahkan kepada pihaknya oleh Kementerian Sumber Manusia berhubung ketidakteraturan HRD Corp. SPRM juga akan sediakan tenaga pengajar Latihan Jurulatih dan pensyarah bagi modul-modul teknikal yang berkaitan dengan Akta SPRM 2009.

A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas berhubung isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya telah menerima laporan audit yang dikemukakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Menurutnya, berasaskan laporan audit tersebut, SPRM telah mengenal pasti beberapa isu yang memerlukan dokumen dan keterangan daripada pihak yang terlibat.

"Antaranya isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian harta dan sebagainya.

"Oleh itu, satu pasukan khas telah dibentuk dan beberapa kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan di bawah Seksyen 18 serta Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan penyiasat juga akan pergi ke kementerian terbabit dan HRDC bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan, pada Selasa depan.

Jelasnya, beberapa individu telah dikenal pasti dan akan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Khamis, mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengarahkan Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood membuat laporan kepada SPRM selaras dengan syor Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Steven Sim menegaskan kementeriannya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!