Pemandu lori maut nahas tiga kenderaan, rempuh kedai

Keadaan van yang terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Bandar Lama Jerantut pada Sabtu. (Gambar kecil: Mohd Azuan) Foto Ihsan JBPM
Keadaan van yang terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Bandar Lama Jerantut pada Sabtu. (Gambar kecil: Mohd Azuan) Foto Ihsan JBPM
A
A
A

JERANTUT - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut akibat tersepit apabila lori dipandunya hilang kawalan lalu merempuh van, kereta dan kedai kosong di Bandar Lama Jerantut di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang dikenali Mohd Azuan Abdullah, 33, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, kejadian berlaku semasa lori dipandu mangsa dalam arah perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Dato Bahaman menuju ke Jalan Bandar Lama.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu lori yang membawa muatan tar itu telah gagal mengawal kenderaan.

"Lori terbabit telah melanggar sehuah van yang sedang bergerak dipandu seorang lelaki, sebuah kereta yang diparkir dan sebuah kedai kosong.

Usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit. Pix Ihsan JBPM
Usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit. Pix Ihsan JBPM

"Dalam kejadian ini, pemandu lori telah tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, pemandu van mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Jerantut.

Artikel Berkaitan:

Lori yang dipandu mangsa juga merempuh sebuah kedai dan kereta. Foto Ihsan JBPM
Lori yang dipandu mangsa juga merempuh sebuah kedai dan kereta. Foto Ihsan JBPM

Tambah beliau, kereta yang diparkir mengalami kerosakan manakala premis kedai tiada penghuni.

Jelas Zukri, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!