Undi pos: PH mendahului PN tujuh undi PRK Sungai Bakap
SUNGAI BAKAP - Pakatan Harapan (PN) melalui calonnya, Dr Joohari Ariffin kini mendahului calon Perikanan Nasional (PN), Abidin Ismail dengan tujuh undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PH secara tidak rasmi memperoleh 63 undi melalui undi pos berbanding PN yang memperoleh 56 undi pada petang Sabtu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Fahmi Zainol melalui laman X.
PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu dan Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pemilih.
*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!