Warga asing maut, kepala terhantuk bucu longkang

Anggota polis melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat mangsa yang dipercayai terhantuk batu longkang dekat Jalan Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang di Kuala Langat pada Jumaat.
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat mangsa yang dipercayai terhantuk batu longkang dekat Jalan Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang di Kuala Langat pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang lelaki warga asing ditemui meninggal dunia selepas tergelincir sebelum kepalanya terkena bucu longkang dekat Jalan Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, mayat mangsa sebelum itu ditemukan orang awam kira-kira jam 8.20 malam.

Beliau berkata, mayat mangsa didapati dalam keadaan terbaring di kawasan tepi jalan berhampiran longkang berdekatan sebuah sekolah rendah agama di lokasi berkenaan.

Mayat mangsa ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di kawasan tepi jalan berhampiran longkang.
Mayat mangsa ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di kawasan tepi jalan berhampiran longkang.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui kesan tompokan darah di dalam longkang berdekatan lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati mangsa cedera di belakang kepala disyaki akibat tergelincir sebelum terkena bucu longkang," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan di sekitar lokasi terbabit bagaimanapun tidak menjumpai sebarang objek mencurigakan.

"Siasatan mendapati kecederaan mangsa akibat kesan daripada objek tumpul yang disyaki mangsa terjatuh atas batu.

Artikel Berkaitan:

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan tidak kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini Kuala daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!