Laporan audit Kesuma, SPRM mulakan siasatan

Ahmad Khusairi
Ahmad Khusairi
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa isu daripada laporan audit yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, berasaskan laporan audit tersebut, pihaknya memerlukan dokumen dan keterangan daripada pihak yang terlibat.

Beliau berkata, antara dokumen itu membabitkan aspek pelaburan, pengurusan dana dan latihan serta pembelian harta.

"Kita telah merima laporan audit yang dikemukakan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kesuma.

"Namun begitu, SPRM ada mengenal pasti beberapa isu daripada laporan audit yang dikemukakan itu.

"Oleh itu, satu pasukan khas telah dibentuk dan beberapa kertas siasatan telah dibuka," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Khusairi berkata, pasukan penyiasat akan pergi ke Kesuma dan HRDC bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan pada Selasa.

Jelas beliau, beberapa individu telah dikenal pasti dan akan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan akan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan kesalahan di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta ASPRM 2009," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!