[TIDAK RASMI] PN pertahan kerusi Sungai Bakap
SUNGAI BAKAP - Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selepas calonnya Abidin Ismail menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 4,267 undi.
Keputusan tidak rasmi itu berdasarkan carta kemas kini yang disediakanJabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Parti Keadilan Rakyat PKR.
Calon PN yang juga bekas eksekutif lojistik itu memperoleh 14,489 undi, menewaskan pencabarnya calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara yang meraih 10,222 undi.
Keputusan rasmi PRK Sungai Bakap dijangka diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi di sini, bila-bila masa sahaja dari sekarang.
*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!